SELASA, 24 JULAI 2012 - Pengawas PSS Percubaan mula menjalankan tugas di Pusat Sumber.
Seramai 55 orang pelajar terpilih untuk menjalani sesi percubaan sebagai
Pengawas PSS sehingga hujung bulan
Oktober. Pelajar yang menjalankan tugas sebagai Pengawas PSS percubaan akan
dinilai dari segi kualiti tugas, disiplin dan juga keterampilan diri sebagai pemimpin. Pengawas PSS percubaan yang
layak akan dilantik memegang jawatan tetap dalam Majlis Pelantikan Pemimpin
yang akan diadakan pada bulan Januari
2013.
Thursday, 20 September 2012
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER 2012
RABU, 18 JULAI 2012 - Sempena Minggu PSS yang berlangsung
mulai 9 - 19 Julai 2012, satu Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen. Tajuk yang
diperdebatkan adalah berkaitan peranan Pusat Sumber sebagai agen Transformasi
Budaya Ilmu. Sebelum itu, pada 9 Julai 2012 (Isnin) satu Majlis Pelancaran
Minggu Pusat Sumber 2012 telah diadakan secara ringkas oleh Tn. Hj. Abd. Razak
Bin Che Ngah dalam perhimpunan rasmi
sekolah pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti dirancang sempena minggu
berkenaan.
PELAJAR THAILAND LAWAT PSS SMKTM
RABU, 18 JULAI 2012 - PSS SMKTM telah menerima 20 orang
pelawat yang terdiri daripada gabungan para pelajar dari Thailand yang
mengadakan program pendidikan bersama pelajar Malaysia di Melaka. Peserta
rombongan mendapat taklimat ringkas daripada En. Azhar Bin Rejab, GPM yang turut
dibantu oleh Pengawas PSS. Rata-rata peserta rombongan berasa bangga dengan
kemudahan yang disediakan oleh PSS SMKTM.
MAJLIS PELANCARAN MINGGU PSS 2012
ISNIN, 9 JULAI 2012 - Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber
telah berlangsung di dewan sekolah dalam satu majlis yang ringkas semasa perhimpunan
rasmi sekolah. Majlis pelancaran yang bermula jam 8.00 pagi telah disempurnakan
oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM. Majlis dimulakan dengan
kata-kata aluan oleh En. Azhar Bin Rejab GPM selaku Pengerusi Majlis, ucapan
perasmian oleh Tuan Pengetua dan seterusnya
pelancaran Montaj Majlis Pelancaran Minggu PSS yang dilakukan oleh Tuan
Pengetua. Tema Minggu PSS pada tahun 2012 ialah 'Pusat Sumber Pemacu
Transformasi Budaya Ilmu'. Tuan Pengetua menyarankan para pelajar supaya mengambil bahagian secara aktif dalam
aktiviti yang dirancang.
TEMUDUGA PEMIMPIN MHS SECARA BERPUSAT
KHAMIS, 28 JUN 2012 - Badan Pemimpin SMK. Tinggi Melaka
telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila semua calon pemimpin baru dipilih
melalui proses temuduga secara berpusat. Seramai 8 orang panel yang terdiri
daripada guru-guru pemimpin dan yang
diketuai oleh En. Mustafa Bin Musa telah melaksanakan tugas ini dengan
jayanya.Badan-badan pemimpin yang terlibat ialah Pengawas, Pengawas PSS, PRS,
Koperasi, SPBT dan Badar. Idea yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin
Che Ngah ini boleh dikategorikan sebagai inovatif kerana calon-calon pemimpin
yang dipilih akan ditempatkan mengikut
bidang yang dipilih dan juga akan ditawarkan kepada mana-mana badan pemimpin
yang lain sekiranya difikirkan layak oleh panel pemilih.Melalui kaedah ini,
pada peringkat awal pelajar akan mengisi borang yang diperolehi di kaunter
pejabat sekolah. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih 3 badan pemimpin
yang hendak disertai mengikut keutamaan. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk selaku
penyelaras kepada proses pemilihan awal ini kemudian proses temuduga dilakukan
oleh guru-guru pemimpin sendiri.
LAWATAN PENGAWAS PSS KE PERAK
15 - 17 JUN 2012- Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan satu
lawatan pendidikan sambil berekreasi di Perak. Seramai 32 orang Pengawas PSS
dan guru-guru mengikuti rombongan ini. Tempat-tempat yang dilawati ialah Gua
Tempurung Gopeng, Muzium Kapal Lumut Perak dan Lost World of Tambun. Melalui
acara lawatan yang disusun, peserta rombongan dapat meningkatkan jati diri ,
menambah pengetahuan dan melihat sendiri keindahan serta keindahan negeri
Perak.
TAKLIMAT ORIENTASI PELAJAR BARU TINGKATAN 6 RENDAH
ISNIN, 14 MEI 2012 - En. Azhar Bin Rejab, GPM telah
mengadakan taklimat perkhidmatan Pusat Sumber kepada pelajar-pelajar baru
Tingkatan 6 Rendah. Para pelajar telah diberi pendedahan berkaitan dengan
unit-unit yang berada di bawah perkhidmatan PSS dan juga berkaitan dengan
keahlian dan faedah yang diperolehi oleh pelajar daripada perkhidmatan PSS yang
disediakan. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah baru yang
terlibat dalam taklimat yang disampaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)