KHAMIS, 28 JUN 2012 - Badan Pemimpin SMK. Tinggi Melaka
telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila semua calon pemimpin baru dipilih
melalui proses temuduga secara berpusat. Seramai 8 orang panel yang terdiri
daripada guru-guru pemimpin dan yang
diketuai oleh En. Mustafa Bin Musa telah melaksanakan tugas ini dengan
jayanya.Badan-badan pemimpin yang terlibat ialah Pengawas, Pengawas PSS, PRS,
Koperasi, SPBT dan Badar. Idea yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin
Che Ngah ini boleh dikategorikan sebagai inovatif kerana calon-calon pemimpin
yang dipilih akan ditempatkan mengikut
bidang yang dipilih dan juga akan ditawarkan kepada mana-mana badan pemimpin
yang lain sekiranya difikirkan layak oleh panel pemilih.Melalui kaedah ini,
pada peringkat awal pelajar akan mengisi borang yang diperolehi di kaunter
pejabat sekolah. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih 3 badan pemimpin
yang hendak disertai mengikut keutamaan. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk selaku
penyelaras kepada proses pemilihan awal ini kemudian proses temuduga dilakukan
oleh guru-guru pemimpin sendiri.