Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia,Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia, Meliora Hic Sequamur, Here We Strike For Better Things, Disini Terdidik Manusia

Panorama PSS

Thursday 20 September 2012

PENGAWAS PSS PERCUBAAN JALANI SESI PERCUBAAN

  

  


SELASA, 24 JULAI 2012 - Pengawas PSS Percubaan  mula menjalankan tugas di Pusat Sumber. Seramai 55 orang pelajar terpilih untuk menjalani sesi percubaan sebagai Pengawas PSS  sehingga hujung bulan Oktober. Pelajar yang menjalankan tugas sebagai Pengawas PSS percubaan akan dinilai dari segi kualiti tugas, disiplin dan juga keterampilan diri  sebagai pemimpin. Pengawas PSS percubaan yang layak akan dilantik memegang jawatan tetap dalam Majlis Pelantikan Pemimpin yang akan diadakan  pada bulan Januari 2013.

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER 2012

  


RABU, 18 JULAI 2012 - Sempena Minggu PSS yang berlangsung mulai 9 - 19 Julai 2012, satu Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen. Tajuk yang diperdebatkan adalah berkaitan peranan Pusat Sumber sebagai agen Transformasi Budaya Ilmu. Sebelum itu, pada 9 Julai 2012 (Isnin) satu Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2012 telah diadakan secara ringkas oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah dalam perhimpunan  rasmi sekolah pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti dirancang sempena minggu berkenaan.

PELAJAR THAILAND LAWAT PSS SMKTM

  


RABU, 18 JULAI 2012 - PSS SMKTM telah menerima 20 orang pelawat yang terdiri daripada gabungan para pelajar dari Thailand yang mengadakan program pendidikan bersama pelajar Malaysia di Melaka. Peserta rombongan mendapat taklimat ringkas daripada En. Azhar Bin Rejab, GPM yang turut dibantu oleh Pengawas PSS. Rata-rata peserta rombongan berasa bangga dengan kemudahan yang disediakan oleh PSS SMKTM.

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PSS 2012




ISNIN, 9 JULAI 2012 - Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber telah berlangsung di dewan sekolah dalam satu majlis yang ringkas semasa perhimpunan rasmi sekolah. Majlis pelancaran yang bermula jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh En. Azhar Bin Rejab GPM selaku Pengerusi Majlis, ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua dan seterusnya  pelancaran Montaj Majlis Pelancaran Minggu PSS yang dilakukan oleh Tuan Pengetua. Tema Minggu PSS pada tahun 2012 ialah 'Pusat Sumber Pemacu Transformasi Budaya Ilmu'. Tuan Pengetua menyarankan para pelajar supaya  mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dirancang.

TEMUDUGA PEMIMPIN MHS SECARA BERPUSAT


    


KHAMIS, 28 JUN 2012 - Badan Pemimpin SMK. Tinggi Melaka telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila semua calon pemimpin baru dipilih melalui proses temuduga secara berpusat. Seramai 8 orang panel yang terdiri daripada guru-guru pemimpin dan  yang diketuai oleh En. Mustafa Bin Musa telah melaksanakan tugas ini dengan jayanya.Badan-badan pemimpin yang terlibat ialah Pengawas, Pengawas PSS, PRS, Koperasi, SPBT dan Badar. Idea yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah ini boleh dikategorikan sebagai inovatif kerana calon-calon pemimpin yang dipilih  akan ditempatkan mengikut bidang yang dipilih dan juga akan ditawarkan kepada mana-mana badan pemimpin yang lain sekiranya difikirkan layak oleh panel pemilih.Melalui kaedah ini, pada peringkat awal pelajar akan mengisi borang yang diperolehi di kaunter pejabat sekolah. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih 3 badan pemimpin yang hendak disertai mengikut keutamaan. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk selaku penyelaras kepada proses pemilihan awal ini kemudian proses temuduga dilakukan oleh guru-guru pemimpin sendiri.

LAWATAN PENGAWAS PSS KE PERAK

  

  


15 - 17 JUN 2012- Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan satu lawatan pendidikan sambil berekreasi di Perak. Seramai 32 orang Pengawas PSS dan guru-guru mengikuti rombongan ini. Tempat-tempat yang dilawati ialah Gua Tempurung Gopeng, Muzium Kapal Lumut Perak dan Lost World of Tambun. Melalui acara lawatan yang disusun, peserta rombongan dapat meningkatkan jati diri , menambah pengetahuan dan melihat sendiri keindahan serta keindahan negeri Perak.


TAKLIMAT ORIENTASI PELAJAR BARU TINGKATAN 6 RENDAH





ISNIN, 14 MEI 2012 - En. Azhar Bin Rejab, GPM telah mengadakan taklimat perkhidmatan Pusat Sumber kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 6 Rendah. Para pelajar telah diberi pendedahan berkaitan dengan unit-unit yang berada di bawah perkhidmatan PSS dan juga berkaitan dengan keahlian dan faedah yang diperolehi oleh pelajar daripada perkhidmatan PSS yang disediakan. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah baru yang terlibat dalam taklimat yang disampaikan.

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DI PUSAT SUMBER

  


KHAMIS, 12 APRIL 2012 - Satu Program Literasi Maklumat (LM) telah dijalankan di Pusat Sumber SMKTM. Para pelajar Tingkatan 4 Epsilon telah terlibat dalam program P&P ini yang menggunakan kaedah LM dalam pembelajaran dan pengajaran penulisan karangan fakta. Melalui kaedah ini para pelajar  menjalankan aktiviti P&P di PSS. Para pelajar  menggunakan pelbagai kemudahan dan bahan sumber yang ada di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan isi karangan berkaitan. Proses pembelajaran dan pengajaran ini dijayakan oleh En. Azhar Bin Rejab GPM yang juga merupakan Guru MP Bahasa Melayu kelas berkenaan.

Majlis Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012

  


Isnin, 20 Februari 2012- Majlis Pelancaran Program Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012 telah diadakan dalam suasana yang gemilang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Hj. Mohamad Yusoff Bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka sebagai tetamu khas. Majlis ini turut dihadiri Pengarah Perpustam dan KPP BTPNM. Pengarah Pelajaran turut melancarkan Kempen ' 1 Warga MHS 1 Buku' yang melibatkan semua warga MHS dikehendaki menyumbang buku baru ke Pusat Sumber. Pada majlis ini juga Anugerah Nilam Bonanza 2011 telah diadakan. Faith Azizi Mohayyaddin pelajar Tingkatan 5 Alfa 2011 telah memenangi hadiah utama berupa Kamus Elektronik bernilai RM 789.00, Sijil Penghargaan dan Piala Pusingan sebagai Tokoh Nilam 2011. Tokoh Nilam Harapan 2011 pula telah dinobatkan kepada Lee Chee Wei pelajar Tingkatan 3 Alfa 2011. Seterusnya Pengarah Pelajaran Melaka melawat tapak pameran yang terdiri daripada IPTS dan kolej-kolej swasta, Perpustam, pameran hasilan pelajar, jualan ICT dan jualan buku.

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012

  


RABU, 1 FEBRUARI 2012, - Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012 telah diadakan dengan jayanya. En. Isa Bin Jolan, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPM telah sudi hadir sebagai tetamu khas. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan juga Pengarah Perpustam. Seramai lebih daripada 300 orang pemimpin pelajar telah dilantik pada hari tersebut. Juga turut dilantik ialah seramai 48 orang Pengawas PSS sesi 2011/2012. Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin yang telah dilantik.

Program Khidmat Bantu Selenggara Komputer PKG Pdg Temu

  


Khamis, 19 Jan 2012- Pusat Kegiatan Guru Pdg. Temu telah mengadakan Program Khidmat Bantu Selenggara Komputer di Pusat Sumber SMKTM. Kerja-kerja ini telah diketuai oleh Pn. Zanariah, Penyelaras PKG Pdg. Temu dan dibantu oleh seramai 6 orang Juruteknik Komputer dari sekolah-sekolah berdekatan dan dari PKG Pdg Temu sendiri. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula dari 18 hb. Januari dan berakhir pada 19 hb. Januari 2012. Tuan Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM telah memberikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada mereka yang terlibat. Beliau berharap usaha murni ini akan berpanjangan dan menjadi aktiviti yang bermanfaat kepada semua Pusat Sumber di bawah PKG Pdg. Temu.

Program Bengkel Proses dan Teknik Bahan PSS

  


Sabtu, 14 Jan 2012- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Bengkel Proses Teknik Bahan Buku yang melibatkan semua Pengawas Pusat Sumber. Bengkel tersebut turut melibatkan En. Azhar Bin Rejab, GPM SMKTM, Pn. Nor Azah Bt. Said, Guru Perpustakaan, En. Abd. Ghani B. Abdullah dan Pn. Hawa Bt. Kechut, pembantu PSS. Tuan Pengetua Tn. Hj. Abd Razak B. Che Ngah turut hadir bersama Pengawas PSS semasa sesi jamuan ringan bersama perserta yang terlibat.

TAKLIMAT ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2012




KHAMIS, 5 JANUARI 2012- Satu taklimat PSS telah diadakan di dewan sekolah semasa minggu Orientasi Tingkatan 1. Taklimat disampaikan oleh En. Azhar Bin Rejab selaku GPM Pusat Sumber SMK. Tinggi Melaka. Para pelajar diberi pendedahan berkaitan perkhidmatan yang disediakan PSS dan juga penggunaannya. Seramai 150 orang pelajar Tingkatan 1 yang baru terlibat dalam taklimat yang diberi.

Bengkel Proses Teknik Bahan PSS

  

Isnin, 14 November 2011- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Bengkel Proses Teknik Bahan Buku dan Bukan Buku yang melibatkan Pengawas PSS. Seramai 30 orang Pengawas PSS telah terlibat menjayakan program ini. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari ini, yang bermula 14 hb Januari hingga 17 hb Januari 2012 adalah merupakan aktiviti yang diadakan bagi mengisi masa Pengawas PSS pada minggu akhir persekolahan sesi 2011.

Jamuan PSS 2011

  


Sabtu, 12 November 2011 -Majlis Pengawas Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dicanang, bagi meraikan perpisahan Pengawas PSS sesi 2010/2011. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang Pengawas PSS lama dan baru serta semua guru PSS. En. Chong Yoon Choi, PK Pentadbiran SMKTM turut hadir bagi meraikan Pengawas PSS yang akan menamatkan tugas mereka. Beliau berharap agar semua Pengawas PSS akan terus meningkatkan kualiti tugas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Beliau juga berjanji untuk membantu Pengawas PSS dalam meningkatkan motivasi dan kemahiran belajar supaya Pengawas PSS mencapai kecemerlangan yang boleh dibanggakan.

Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012

 



Sabtu, 12 November 2011- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012 di Bilik Tayang Warisan. Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh En. Azhar Bin Rejab, GPM yang melibatkan seramai 40 orang Pengawas PSS yang baru. Pengawas PSS berkenaan telah diberi pendedahan mengenai ciri-ciri kepimpinan Pengawas PSS, Koleksi bahan PSS dan Proses Teknik Bahan PSS. Usaha ini secara tidak langsung memantapkan kemahiran dan penampilan Pengawas PSS yang baru.

PROGRAM MEMPERKASA NILAM, KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA DAN PAMERAN PENDIDIKAN 2011

  

  


Isnin, 21 Februari 2011 - Satu Majlis Pelancaran Program Memperkasa Nilam, Kempen Membaca 1 Malaysia dan Pameran Pendidikan telah diadakan di SMK. Tinggi Melaka. Tetamu khas ialah YB Datuk Hj. Yaakub Bin Md. Amin, Pengerusi JK Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia. Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan pelancaran Bank Buku MHS, persembahan pelajar dan juga pameran yang melibatkan sebanyak 19 buah IPTS/IPTA dan juga agensi luar seperti Perpustam dan juga Pejabat Pos. Para pelajar juga turut serta membuat pameran hasilan mereka mengikut bidang masing-masing. YB juga turut merasmikan Laluan Gemilang yang telah mula dibina pada tahun 2009.

Bengkel Keratan Majalah

   


Rabu, 16 Februari 2011 - Kelab Pusat Sumber MHS telah mengadakan aktiviti keratan majalah untuk dijadikan koleksi khas rujukan PSS. Guru penasihat, Pn. Nor Azah Said telah membimbing Pengaws PSS untuk membuat koleksi tersebut.

Ketua Menteri Berkunjung ke Pusat Sumber SMKTM

    


Isnin, 24 Januari 2011 - YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam telah berkunjung ke Pusat Sumber untuk menjamu selera selepas mengadakan lawatan ringkas ke HSOBA. Turut bersama beliau ialah YB Datuk Yaakub Bin Md. Amin Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan Cik Juliah Leman, Pengarah JPM. Sesungguhnya kehadiran Ketua Menteri ke PSS sesuatu yang amat bermakna.

Pusat Sumber Berwajah Baru

      



Isnin, 17 Januari 2011 - Pusat Sumber SMKTM telah bertukar wajah dan telah mula beroperasi seperti biasa. Berkat kerjasama semua warga PSS, pekerja sekolah dan Pengawas PSS khususnya, telah membawa perubahan yang ketara pada penampilan PSS yang baru setelah mengalami tragedi siling runtuh pada 31 Julai 2010.