KONSEP PUSAT SUMBER
Pusat Sumber
Sekolah (PSS) merupakan satu tempat yang
penting di dalam institusi sekolah yang memperoleh, mengumpul dan membimbing
maklumat terkini untuk dimanfaatkan bagi menyediakan pelbagai bahan, khidmat
dan kemudahan pengajaran dan pemelajaran. PSS bukanlah menjadi tempat menyimpan
maklumat lama untuk diwariskan kepada pelajar dari semasa ke semasa tetapi
peranan yang dimainkan ialah menjadi tempat gedung ilmu bagi pelajar dan guru
memperoleh sumber yang diperlukan.
PSS boleh dianggap sebagai agen pembangunan kepada
kecemerlangan pengajaran dan pemelajaran dan memenuhi kegiatan murid-murid
ketika di sekolah mahu pun di luar sekolah. Kegiatan murid-murid juga boleh
digalakkan dan dimulai di PSS. Secara langsung murid-murid dapat
memperkembangkan keintelektualan, kemahiran, perkembangan sahsiah dan
mengujudkan jatidiri yang kental. Begitu juga sebagai tempat guru memperoleh
kemudahan pengajaran dan pemelajaran bagi mewujudkan suasana pemelajaran yang
lebih kondusif dan berkesan.
Pembentukan PSS yang sistematis dan berkesan bukan hanya
bergantung kepada guru PSS sahaja tetapi adalah tanggungjawab bersama semua
organisasi sekolah. Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai pusat
sumber agar dapat memberi sumbangan idea dan tenaga dalam membangunkan PSSnya.
MATLAMAT
• Mempertingkatkan mutu
pendidikan di sekolah.
• Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis,
kreatif, inovatif dan berdisiplin.
• Mewujudkan golongan pelajar yang berpengetahuan, dinamis,
kreatif dan berdisiplin.
• Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan.
OBJEKTIF
• Meningkatkan mutu pengajaran dan pemelajaran dan potensi
individu serta sahsiah.
• Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pemelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah
tradisional sahaja.
• Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik
melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
• Membantu pelajar dan
guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pembelajaran
dan pemelajaran
• Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar
• Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses
pembelajaran.
STRATEGI
• Mengemaskinikan semula sistem pengurusan Pusat Sumber.
• Mewujudkan fizikal Pusat Sumber yang lebih tersusun dan
kondusif dengan pengubahsuaian semula struktur dalaman.
• Memperluaskan konsep Pusat Sumber kepada ‘Konsep Sekolah
Sebagai Pusat Sumber’
• Mempertingkatkan keupayaan fungsi Pusat Sumber kepada Pusat
Sumber Elektronik (E-PSS)
• Mewujudkan satu pusat komputer bagi kegunaan warga sekolah
yang berfungsi sebagai pusat siber kafe.
• Membekalkan guru-guru sumber dengan input mengenai
pengurusan PSS melalui kursus dan
bengkel yang diadakan secara dalaman atau yang dianjurkan oleh PKG dan PSPN.
• Menambahkan lagi bahan bacaan fiksyen,bukan fiksyen dan buku
rujukan bagi memenuhi keperluan pelajar yang semakin meningkat dan seterusnya
menarik minat murid dan guru menggunakan perkhidmatan perpustakaan yang
mengandungi koleksi baru dan terkini.
• Menghapus kira bahan-bahan cetak dan bukan cetak yang lama dan rosak yang
sukar untuk dibaik pulih semula serta sudah ketinggalan zaman.
• Merekodkan data-data buku dalam sistem pengautomasian ke
arah mewujudkan E-PSS dari semasa ke semasa.
• Merangka dan melaksanakan program penggunaan Pust Sumber dan
galakan membaca bagi meningkatkan mutu pendidikan.
• Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pembelajaran melalui siaran yang diedarkan dan penerbitan ‘Brosur PSS’
• Menjadi nadi penggerak kepada guru-guru agar sentiasa peka
kepada perkembangan dalam pendidikan terutamanya ledakan era teknologi maklumat.
VISI DAN MISI PSS
• Melahirkan insan yang
berinformasi dan berkualiti dengan berfikiran yang bestari
Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang
berteknologi tinggi
• Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan
berkualiti
• Mengintegrasikan P&P dengan media berteknologi tinggi
yang terkini