Isnin, 20 Februari 2012- Majlis Pelancaran Program
Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012 telah diadakan dalam suasana yang
gemilang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Hj. Mohamad
Yusoff Bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka sebagai tetamu khas. Majlis ini
turut dihadiri Pengarah Perpustam dan KPP BTPNM. Pengarah Pelajaran turut
melancarkan Kempen ' 1 Warga MHS 1 Buku' yang melibatkan semua warga MHS
dikehendaki menyumbang buku baru ke Pusat Sumber. Pada majlis ini juga Anugerah
Nilam Bonanza 2011 telah diadakan. Faith Azizi Mohayyaddin pelajar Tingkatan 5
Alfa 2011 telah memenangi hadiah utama berupa Kamus Elektronik bernilai RM
789.00, Sijil Penghargaan dan Piala Pusingan sebagai Tokoh Nilam 2011. Tokoh
Nilam Harapan 2011 pula telah dinobatkan kepada Lee Chee Wei pelajar Tingkatan
3 Alfa 2011. Seterusnya Pengarah Pelajaran Melaka melawat tapak pameran yang
terdiri daripada IPTS dan kolej-kolej swasta, Perpustam, pameran hasilan
pelajar, jualan ICT dan jualan buku.