SELASA, 24 JULAI 2012 - Pengawas PSS Percubaan mula menjalankan tugas di Pusat Sumber.
Seramai 55 orang pelajar terpilih untuk menjalani sesi percubaan sebagai
Pengawas PSS sehingga hujung bulan
Oktober. Pelajar yang menjalankan tugas sebagai Pengawas PSS percubaan akan
dinilai dari segi kualiti tugas, disiplin dan juga keterampilan diri sebagai pemimpin. Pengawas PSS percubaan yang
layak akan dilantik memegang jawatan tetap dalam Majlis Pelantikan Pemimpin
yang akan diadakan pada bulan Januari
2013.
Thursday, 20 September 2012
PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER 2012
RABU, 18 JULAI 2012 - Sempena Minggu PSS yang berlangsung
mulai 9 - 19 Julai 2012, satu Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen. Tajuk yang
diperdebatkan adalah berkaitan peranan Pusat Sumber sebagai agen Transformasi
Budaya Ilmu. Sebelum itu, pada 9 Julai 2012 (Isnin) satu Majlis Pelancaran
Minggu Pusat Sumber 2012 telah diadakan secara ringkas oleh Tn. Hj. Abd. Razak
Bin Che Ngah dalam perhimpunan rasmi
sekolah pada jam 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti dirancang sempena minggu
berkenaan.
PELAJAR THAILAND LAWAT PSS SMKTM
RABU, 18 JULAI 2012 - PSS SMKTM telah menerima 20 orang
pelawat yang terdiri daripada gabungan para pelajar dari Thailand yang
mengadakan program pendidikan bersama pelajar Malaysia di Melaka. Peserta
rombongan mendapat taklimat ringkas daripada En. Azhar Bin Rejab, GPM yang turut
dibantu oleh Pengawas PSS. Rata-rata peserta rombongan berasa bangga dengan
kemudahan yang disediakan oleh PSS SMKTM.
MAJLIS PELANCARAN MINGGU PSS 2012
ISNIN, 9 JULAI 2012 - Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber
telah berlangsung di dewan sekolah dalam satu majlis yang ringkas semasa perhimpunan
rasmi sekolah. Majlis pelancaran yang bermula jam 8.00 pagi telah disempurnakan
oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM. Majlis dimulakan dengan
kata-kata aluan oleh En. Azhar Bin Rejab GPM selaku Pengerusi Majlis, ucapan
perasmian oleh Tuan Pengetua dan seterusnya
pelancaran Montaj Majlis Pelancaran Minggu PSS yang dilakukan oleh Tuan
Pengetua. Tema Minggu PSS pada tahun 2012 ialah 'Pusat Sumber Pemacu
Transformasi Budaya Ilmu'. Tuan Pengetua menyarankan para pelajar supaya mengambil bahagian secara aktif dalam
aktiviti yang dirancang.
TEMUDUGA PEMIMPIN MHS SECARA BERPUSAT
KHAMIS, 28 JUN 2012 - Badan Pemimpin SMK. Tinggi Melaka
telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila semua calon pemimpin baru dipilih
melalui proses temuduga secara berpusat. Seramai 8 orang panel yang terdiri
daripada guru-guru pemimpin dan yang
diketuai oleh En. Mustafa Bin Musa telah melaksanakan tugas ini dengan
jayanya.Badan-badan pemimpin yang terlibat ialah Pengawas, Pengawas PSS, PRS,
Koperasi, SPBT dan Badar. Idea yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Bin
Che Ngah ini boleh dikategorikan sebagai inovatif kerana calon-calon pemimpin
yang dipilih akan ditempatkan mengikut
bidang yang dipilih dan juga akan ditawarkan kepada mana-mana badan pemimpin
yang lain sekiranya difikirkan layak oleh panel pemilih.Melalui kaedah ini,
pada peringkat awal pelajar akan mengisi borang yang diperolehi di kaunter
pejabat sekolah. Setiap pelajar diberi peluang untuk memilih 3 badan pemimpin
yang hendak disertai mengikut keutamaan. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk selaku
penyelaras kepada proses pemilihan awal ini kemudian proses temuduga dilakukan
oleh guru-guru pemimpin sendiri.
LAWATAN PENGAWAS PSS KE PERAK
15 - 17 JUN 2012- Pusat Sumber SMKTM telah menganjurkan satu
lawatan pendidikan sambil berekreasi di Perak. Seramai 32 orang Pengawas PSS
dan guru-guru mengikuti rombongan ini. Tempat-tempat yang dilawati ialah Gua
Tempurung Gopeng, Muzium Kapal Lumut Perak dan Lost World of Tambun. Melalui
acara lawatan yang disusun, peserta rombongan dapat meningkatkan jati diri ,
menambah pengetahuan dan melihat sendiri keindahan serta keindahan negeri
Perak.
TAKLIMAT ORIENTASI PELAJAR BARU TINGKATAN 6 RENDAH
ISNIN, 14 MEI 2012 - En. Azhar Bin Rejab, GPM telah
mengadakan taklimat perkhidmatan Pusat Sumber kepada pelajar-pelajar baru
Tingkatan 6 Rendah. Para pelajar telah diberi pendedahan berkaitan dengan
unit-unit yang berada di bawah perkhidmatan PSS dan juga berkaitan dengan
keahlian dan faedah yang diperolehi oleh pelajar daripada perkhidmatan PSS yang
disediakan. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah baru yang
terlibat dalam taklimat yang disampaikan.
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DI PUSAT SUMBER
KHAMIS, 12 APRIL 2012 - Satu Program Literasi Maklumat (LM)
telah dijalankan di Pusat Sumber SMKTM. Para pelajar Tingkatan 4 Epsilon telah
terlibat dalam program P&P ini yang menggunakan kaedah LM dalam
pembelajaran dan pengajaran penulisan karangan fakta. Melalui kaedah ini para
pelajar menjalankan aktiviti P&P di
PSS. Para pelajar menggunakan pelbagai
kemudahan dan bahan sumber yang ada di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat
yang berkaitan isi karangan berkaitan. Proses pembelajaran dan pengajaran ini
dijayakan oleh En. Azhar Bin Rejab GPM yang juga merupakan Guru MP Bahasa
Melayu kelas berkenaan.
Majlis Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012
Isnin, 20 Februari 2012- Majlis Pelancaran Program
Memperkasa Nilam dan Pameran Pendidikan 2012 telah diadakan dalam suasana yang
gemilang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Hj. Mohamad
Yusoff Bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka sebagai tetamu khas. Majlis ini
turut dihadiri Pengarah Perpustam dan KPP BTPNM. Pengarah Pelajaran turut
melancarkan Kempen ' 1 Warga MHS 1 Buku' yang melibatkan semua warga MHS
dikehendaki menyumbang buku baru ke Pusat Sumber. Pada majlis ini juga Anugerah
Nilam Bonanza 2011 telah diadakan. Faith Azizi Mohayyaddin pelajar Tingkatan 5
Alfa 2011 telah memenangi hadiah utama berupa Kamus Elektronik bernilai RM
789.00, Sijil Penghargaan dan Piala Pusingan sebagai Tokoh Nilam 2011. Tokoh
Nilam Harapan 2011 pula telah dinobatkan kepada Lee Chee Wei pelajar Tingkatan
3 Alfa 2011. Seterusnya Pengarah Pelajaran Melaka melawat tapak pameran yang
terdiri daripada IPTS dan kolej-kolej swasta, Perpustam, pameran hasilan
pelajar, jualan ICT dan jualan buku.
Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012
RABU, 1 FEBRUARI 2012, - Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar
2012 telah diadakan dengan jayanya. En. Isa Bin Jolan, Ketua Sektor Psikologi
dan Kaunseling JPM telah sudi hadir sebagai tetamu khas. Majlis turut dihadiri
oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan juga Pengarah Perpustam. Seramai
lebih daripada 300 orang pemimpin pelajar telah dilantik pada hari tersebut.
Juga turut dilantik ialah seramai 48 orang Pengawas PSS sesi 2011/2012. Tahniah
diucapkan kepada semua pemimpin yang telah dilantik.
Program Khidmat Bantu Selenggara Komputer PKG Pdg Temu
Khamis, 19 Jan 2012- Pusat Kegiatan Guru Pdg. Temu telah
mengadakan Program Khidmat Bantu Selenggara Komputer di Pusat Sumber SMKTM.
Kerja-kerja ini telah diketuai oleh Pn. Zanariah, Penyelaras PKG Pdg. Temu dan
dibantu oleh seramai 6 orang Juruteknik Komputer dari sekolah-sekolah
berdekatan dan dari PKG Pdg Temu sendiri. Program ini telah berlangsung selama
2 hari iaitu bermula dari 18 hb. Januari dan berakhir pada 19 hb. Januari 2012.
Tuan Hj. Abd. Razak Bin Che Ngah, Pengetua SMKTM telah memberikan sijil
penghargaan dan cenderamata kepada mereka yang terlibat. Beliau berharap usaha
murni ini akan berpanjangan dan menjadi aktiviti yang bermanfaat kepada semua
Pusat Sumber di bawah PKG Pdg. Temu.
Program Bengkel Proses dan Teknik Bahan PSS
Sabtu, 14 Jan 2012- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan
Bengkel Proses Teknik Bahan Buku yang melibatkan semua Pengawas Pusat Sumber.
Bengkel tersebut turut melibatkan En. Azhar Bin Rejab, GPM SMKTM, Pn. Nor Azah
Bt. Said, Guru Perpustakaan, En. Abd. Ghani B. Abdullah dan Pn. Hawa Bt.
Kechut, pembantu PSS. Tuan Pengetua Tn. Hj. Abd Razak B. Che Ngah turut hadir
bersama Pengawas PSS semasa sesi jamuan ringan bersama perserta yang terlibat.
TAKLIMAT ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2012
KHAMIS, 5 JANUARI 2012- Satu taklimat PSS telah diadakan di
dewan sekolah semasa minggu Orientasi Tingkatan 1. Taklimat disampaikan oleh
En. Azhar Bin Rejab selaku GPM Pusat Sumber SMK. Tinggi Melaka. Para pelajar
diberi pendedahan berkaitan perkhidmatan yang disediakan PSS dan juga
penggunaannya. Seramai 150 orang pelajar Tingkatan 1 yang baru terlibat dalam
taklimat yang diberi.
Bengkel Proses Teknik Bahan PSS
Isnin, 14 November 2011- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan Bengkel Proses Teknik Bahan Buku dan Bukan Buku yang melibatkan Pengawas PSS. Seramai 30 orang Pengawas PSS telah terlibat menjayakan program ini. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari ini, yang bermula 14 hb Januari hingga 17 hb Januari 2012 adalah merupakan aktiviti yang diadakan bagi mengisi masa Pengawas PSS pada minggu akhir persekolahan sesi 2011.
Jamuan PSS 2011
Sabtu, 12 November 2011 -Majlis Pengawas Pusat Sumber SMKTM
telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Dicanang, bagi meraikan
perpisahan Pengawas PSS sesi 2010/2011. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai
60 orang Pengawas PSS lama dan baru serta semua guru PSS. En. Chong Yoon Choi,
PK Pentadbiran SMKTM turut hadir bagi meraikan Pengawas PSS yang akan
menamatkan tugas mereka. Beliau berharap agar semua Pengawas PSS akan terus
meningkatkan kualiti tugas dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Beliau juga berjanji untuk membantu Pengawas PSS dalam meningkatkan motivasi
dan kemahiran belajar supaya Pengawas PSS mencapai kecemerlangan yang boleh
dibanggakan.
Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012
Sabtu, 12 November 2011- Pusat Sumber SMKTM telah mengadakan
Kursus Profesionalisme Pengawas PSS sesi 2011/2012 di Bilik Tayang Warisan.
Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh En. Azhar Bin Rejab, GPM yang
melibatkan seramai 40 orang Pengawas PSS yang baru. Pengawas PSS berkenaan
telah diberi pendedahan mengenai ciri-ciri kepimpinan Pengawas PSS, Koleksi
bahan PSS dan Proses Teknik Bahan PSS. Usaha ini secara tidak langsung
memantapkan kemahiran dan penampilan Pengawas PSS yang baru.
PROGRAM MEMPERKASA NILAM, KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA DAN PAMERAN PENDIDIKAN 2011
Isnin, 21 Februari 2011 - Satu Majlis Pelancaran Program
Memperkasa Nilam, Kempen Membaca 1 Malaysia dan Pameran Pendidikan telah
diadakan di SMK. Tinggi Melaka. Tetamu khas ialah YB Datuk Hj. Yaakub Bin Md.
Amin, Pengerusi JK Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia.
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan pelancaran Bank Buku MHS,
persembahan pelajar dan juga pameran yang melibatkan sebanyak 19 buah IPTS/IPTA
dan juga agensi luar seperti Perpustam dan juga Pejabat Pos. Para pelajar juga
turut serta membuat pameran hasilan mereka mengikut bidang masing-masing. YB
juga turut merasmikan Laluan Gemilang yang telah mula dibina pada tahun 2009.
Bengkel Keratan Majalah
Rabu, 16 Februari 2011 - Kelab Pusat Sumber MHS telah
mengadakan aktiviti keratan majalah untuk dijadikan koleksi khas rujukan PSS.
Guru penasihat, Pn. Nor Azah Said telah membimbing Pengaws PSS untuk membuat
koleksi tersebut.
Ketua Menteri Berkunjung ke Pusat Sumber SMKTM
Isnin, 24 Januari 2011 - YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Mohd Ali Bin Rustam telah berkunjung ke Pusat Sumber untuk menjamu selera
selepas mengadakan lawatan ringkas ke HSOBA. Turut bersama beliau ialah YB
Datuk Yaakub Bin Md. Amin Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan Cik
Juliah Leman, Pengarah JPM. Sesungguhnya kehadiran Ketua Menteri ke PSS sesuatu
yang amat bermakna.
Pusat Sumber Berwajah Baru
Isnin, 17 Januari 2011 - Pusat Sumber SMKTM telah bertukar
wajah dan telah mula beroperasi seperti biasa. Berkat kerjasama semua warga
PSS, pekerja sekolah dan Pengawas PSS khususnya, telah membawa perubahan yang
ketara pada penampilan PSS yang baru setelah mengalami tragedi siling runtuh
pada 31 Julai 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)